Tentang Kami

Cawangan Audit Dalam FAMA

Ditubuhkan pada tahun 1977, bertanggungjawab memastikan tadbir urus kewangan dan operasi FAMA dilaksanakan dengan integriti dan akauntabiliti.

Latar Belakang

Cawangan Audit Dalam Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) telah diwujudkan pada tahun 1977. Cawangan ini sepertimana carta organisasi dari segi pentadbiran adalah bertanggungjawab membuat laporan kepada Ketua Pengarah manakala dari segi fungsi audit ianya bertanggungjawab kepada Jawatankuasa Audit Lembaga.

Jabatan Perdana Menteri telah mengeluarkan Surat Pekeliling Am Bil.3 Tahun 1998 untuk memperkukuhkan lagi pelaksanaan unit audit dalaman di agensi kerajaan.

Bidang tugas organisasi ini merangkumi semua cawangan, bahagian, pejabat FAMA negeri dan daerah serta aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh Lembaga.

Objektif

  • Membantu pihak pengurusan atasan mempertingkatkan tahap pematuhan kepada undang-undang, peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
  • Memeriksa dan mengkaji kelancaran serta kesesuaian perjalanan sistem kawalan dalaman Lembaga, seterusnya mengemukakan cadangan pembetulan bagi memperbaiki sebarang kepincangan.
  • Membantu pihak pengurusan atasan menentukan program dan aktiviti diuruskan dengan berekonomi, cekap, berkesan dan bersesuaian.
  • Penemuan audit disampaikan kepada Ketua Pengarah dan Jawatankuasa Audit melalui perbincangan bersemuka dengan pihak berkenaan.

Fungsi

  • 1Mengkaji dan menilai sistem serta prosedur bagi menentukan kawalan dalaman mencukupi dan berkesan.
  • 2Mengkaji pematuhan dasar, undang-undang dan peraturan berkuatkuasa.
  • 3Mengkaji dan menilai operasi dari segi kecekapan, keberkesanan dan keekonomian.
  • 4Mengemukakan penemuan audit kepada Ketua Pengarah melalui laporan yang bebas, objektif dan tepat pada masanya.
  • 5Menyusuli semua laporan dan pemerhatian audit yang dibangkitkan.
  • 6Memberi cadangan bagi memperbaiki operasi demi meningkatkan akauntabiliti dan pengurusan kewangan.
  • 7Mengemukakan Laporan Audit Dalam kepada Jawatankuasa Audit.
  • 8Menyediakan Perancangan Audit Tahunan dan Laporan Audit Tahunan.

Audit Kewangan

Pendekatan audit untuk menentukan kesempurnaan dan keutuhan sistem kawalan dalaman serta pematuhan terhadap peraturan dan undang-undang. Memastikan semua pembayaran dibenarkan dan diperakaunkan dengan teratur, hasil dipungut dengan betul, serta harta dan inventori dikawal mengikut prosedur sepatutnya.

Audit Prestasi

Pengauditan yang dijalankan untuk menentukan sama ada agensi menggunakan sumber-sumber ekonomi secara cekap dan berkesan dalam menjalankan tanggungjawabnya.

Pegawai Untuk Dihubungi

En. Badrul Hisham Sulaiman

En. Badrul Hisham Sulaiman

Pengarah Bahagian

W13Pengarah Bahagian

03-6033 2020 (samb: 0031)

badrul[at]fama[dot]gov[dot]my

En. Mohd Akmal Mohd Jidin FCCA

En. Mohd Akmal Mohd Jidin FCCA

Juruaudit

W12Juruaudit

03-6033 2020 (samb: 0051)

mohdakmal[at]fama[dot]gov[dot]my

En. Mohd Ruhaifi Mansor

En. Mohd Ruhaifi Mansor

Juruaudit

W10Juruaudit

03-6033 2020 (samb: 0280)

ruhaifi[at]fama[dot]gov[dot]my

En. Abdullah Amirhamza

En. Abdullah Amirhamza

Juruaudit

W9Juruaudit

03-6033 2020 (samb: 0084)

abdullah[at]fama[dot]gov[dot]my